<< February 2012 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04
05 06 07 08 09 10 11
12 13 14 15 16 17 18
19 20 21 22 23 24 25
26 27 28 29


If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed

Jul 9, 2005
Latihan tambahan Track and Field

Walaupun hari ini ialah hari Sabtu, kami mempunyai latihan tambahan kerana kami telah dapat memasuki pusingan yang selanjutnya iaitu semi-finals dan ia akan diadakan pada hari Isnin ini. Oleh itu, kami mengambil kesempatan dan tanpa membuang masa kami berlatih untuk 4x100m semi-finals Isnin ini. Jika atau tidak kami qualified untuk finals, kami tetap akan berasa gembira.

Posted at 07:46 pm by raudah
Make a comment  

Jul 8, 2005
Pertandingan Track and Field

Pertandingan hari ini iaitu 4x100m  cukup memuaskan.Dengan masa satu minit, kami mendapat tempat keenam untuk kesuluruhan national. Kami amat bangga dengan kejayaan kami dan kami akan terus berjuang untuk semi-finals pada hari Isnin ini, 11 July 2005. Saya juga akan mengambil bahagian dalam pertandingan 1500m pada hari Selasa, 12 July 2005. Kami akan terus berjuang menuju kejayaan. 

Posted at 08:51 pm by raudah
Make a comment  

Jul 7, 2005
Khamis

Hari ini tidaklah begitu ceria seperti selalu. Pelajaran yang kami mempunyai hari ini semuanya membosankan. Kami membawa balik beg yang berat kerana kami diberi banyak kerja rumah dan buku yang harus diulangkaji. Ujian-ujian tidak berapa lama lagi dan kami disuruh mengulangkaji mata pelajaran yand diajar guru sebelum dan selepas cuti sekolah. Saya harap dengan mengulangkaji setiap hari, saya akan membuat dengan lebih baik untuk peperiksaan akhir tahun.

Posted at 07:33 pm by raudah
Make a comment  

Jul 6, 2005
Unit 11-Perbincangan

      
 

Jenis pakaian- Baju Kebaya Moden
Kami memilih pakaian ini kerena ia anggun dan ia sangat sesuai untuk Majlis Perasmian Bulan Budaya Melayu.
Untuk wanita yang memakai tudung, pakaian di sebelah kanan sesuai untuk majlis ini. Untuk kaum lelaki pula, pakaian itu memang sesuai untuknya kerana menutup aurat.

Nama pasangan -Adilah

 

Posted at 11:21 am by raudah
Comment (1)  

Jul 5, 2005
IPW project

Saya tidak mempunyai apa-apa rancangan untuk hari ini. Oleh itu, saya mengambil peluang itu untuk berbincang bersama kumpulan saya untuk ipw project yang akan diadakan lima minggu lagi. Kami harap semua akan berjalan dengan lancar. 

Posted at 11:28 am by raudah
Make a comment  

Jul 4, 2005
Latihan Track and Field

Kami berlatih untuk latihan Track and Field hari ini dengan bersungguh-sungguh kerana hari ini ialah hari yang terakhir untuk berlatih sebelum pertandingan Nationl Junior kami. Kami harap kami akan membawa balik kemenangan untuk sekolah. Semoga kami berjaya untuk pertandingan yang akan datang.

Posted at 11:22 am by raudah
Make a comment  

Jul 3, 2005
Melawat ke rumah nenek dan datuk

Saya dan keluarga saya telah ke rumah datuk dan nenek saya seperti selalu dilakukan setiap minggu. Kami ke sana untuk melawat mereka dan bertemu makcik dan pakcik yang telah juga ke rumah nenek dan datuk. Kami akan bermakan malam bersama dan pertemuan ini juga mengeratkan lagi perhubungan sesama kami.  

Posted at 10:48 am by raudah
Make a comment  

Jul 2, 2005
Kefahaman" Bawalah Aku ke Sana"

Unta dan Motosikal
Kelebihan
-Unta ialah binatang yang akan menadi penat jika berjalan terlalu lama. Motosikal ialah alat canggih yang ditunggang oleh manusia.
-Unta lebih selamat. Motosikal boleh membawa maut.
Kekurangan
-Unta boleh menjadi gila bila ternampak ular.
-Unta harus berhenti dan boleh menunda perjalanan kami. Motosikal tidak boleh mengambil kesempatan untuk berhenti kerana ia bukan makhluk dan cuma memerlukan petrol.

Kapal dan Taxi
Kelebihan
-Kedua-duanya alat yang canggih.
-Pengangkutan yang segera.
Kekurangan
-Kapal boleh tenggelam.
-Adakala seseorang akan menjadi mabuk di dalam kapal kerana tidak sesuai dengan sekitaran.
-Teksi tidak boleh dipandu ke luar negeri kecuali mempunyai permit.


Kapal Terbang dan Kereta api
Kelebihan
-Kedua-duanya alat yang canggih
-Selalu dinaik apabila hendak ke luar negeri dan tidak perlu menaiki kereta dan menunggu untuk beberapa jam
Kekurangan
-Orang yang tidak mampu untuk membayar tiket tidak boleh menaikinya.
-Jikalau pemandu di kapal terbang tidak memnadu dengan betul, ramai orang akan cedera parah.

Pasangan untuk perbincangan ini: Adilah







Posted at 06:44 pm by raudah
Comment (1)  

Jul 1, 2005
Meraikan Hari Belia

Hari Belia yang disambut di sekolah tadi sangat meriah. Pelbagai pertandingan yang diadakan untuk meriahkan lagi suasana di situ. Kelas saya yang diwakili oleh salah satu pelajar di kelas saya juga mengambil bahagian dalam peraduan itu. Dan dengan tidak disangka-sangka, kelas kami menang dalam peraduan itu. Walaupun kami tidak dapat menyambut hari belia seperti tahun lalu, ada juga kawan-kawan di sekolah yang menunjukkan uji bakat mereka dengan membuat persembahan. Semuanya baik-belaka dan menarik. Tetapi persembahan itu tidak diadakan sepanjang hari. Ia hanya untuk beberapa jam sahaja dan kami dikehendaki untuk belajar selepas itu.

Posted at 06:27 pm by raudah
Make a comment  

Jun 26, 2005
Melancong Ke Bali

Saya tidak kemana-mana hari ini. Saya dan keluarga saya ke Bali untuk dua hari.  Pada hari Jumaat dan Sabtu yang lalu. saya dan keluarga enjoyed ourselves. Kami berenang dan pergi ke Pusat membeli-belah di Bali. Terdapat berbagai barangan yang dijual di sana dan barang-barangannya semua murah-murah. Kami membawa pulang pelbagai benda. Walaupun tempatnya menarik, Singapura lebih canggih daripada Bali. Saya tidak akan lupa perlawatan itu.

Posted at 10:53 am by raudah
Make a comment  

Previous Page Next Page